Tuesday, 1 November 2016

ADAB DALAM BERIKHTILAT > TAUBAT > CERMINAN JODOH

~ taubat seorang hamba ~

bismillahirrahmanirrahim. . 
act, tak tau nak intro camna. . tp, insyaa allah, ana cuba gak nak buat pengisian..dan ana harap ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa pun yang membacanya. . .
"semua anak adam bersalah, dan sebaik- baik mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat "
( hadith riwayat tarmizi ) 
cuba tenung balik hadith kat atas tu, mang dah tertulis yang kita ni ummat dan hamba yang tak pernah lari daripada buat dosa( kesalahan ). . tapi kita akan jadi sebaik - baik manusia apabila kita tebus dosa ( kesalahan ) kita dengan melazimi taubat. . taubat dengan sebenar - benar taubat. . selagi nyawa belum sampai di kerongkong, pintu taubat masih terbuka luas untukmu . . tatkala nyawa sudah sampai di kerongkong, penyesalanmu sudah tidak ada lagi ertinya. .
ana tak nak focus kepada perkara yang terlalu jauh. cukup lah ana ambil penjagaan ikhtilat sebagai contoh. 

ikhtilat tu memang kena jaga. . kalau nak diikutkan, perempuan dengan lelaki ni memang tak ada istilah kawan. tapi, mustahillah kan.. jadinya, agama islam yang kita anuti ini sudah pun bagi garis panduan yang cukup rasional untuk kita ketahui macam mana kita nak menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan.sebenarnya semua orang dah tahu pasal halal dan haram, tapi ana percaya kenapa masih ramai lagi diantara kita yang masih terperangkap dalam bisikan syaitan ini, sebab mereka keliru dengan apa yang mereka buat tu dosa atau tidak. . 
ok. . kalau macam tu, ana bagi garis panduan yang cukup mudah untuk awak faham.
ikhtilat ni diharuskan apabila ada keperluan. contohnya : 
  • urusan jual beli
  • melakukan kerja kehakiman
  • menjadi saksi
  • kerja-kerja amar makruf nahi munkar
  • melayan tetamu
  • memuliakan tetamu dan makan bersamanya(jika perlu)
  • menaiki kenderaan awam
  • melakukan kerja-kerja amal
  • untuk belajar dan mendengar nasihat
  • pada suasana yang tidak mnedatangkan fitnah 
  • dll

jadinya, nak berikhtilat, ada syarat dan adabnya. .:
  
  • tidak berdua-duaan
  • tidak bersentuhan
  • menjaga pandangan
  • memelihara aurat
  • bercakap perkara yang perlu sahaja
  • menjaga adab bercakap
  • tidak melembutkan (melunakkan) suara
  • mengawal gerak-geri
  • mengasingkan tempat(pada tempat-tempat yang tertentu) 

ok, faham tak, kalau awak rasa selama ini, awk berikhtilat tidak berlandaskan seperti di atas, maka sudah tiba masanya untuk awak kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan hidup awak dengan hidup bersyariat seperti yang telah digariskan untuk kita umat islam..
awak,dunia ni dah semakin tua, kehidupan dunia dah semakin berakhir. .tapi masih ramai lagi di antara kita yang hanyut dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. . si pelaku dosa yang bukan sahaja  terdiri daripada orang biasa. .malahan lebih parah bila ia dilakukan oleh insan daripada kalangan orang yang menuntut ilmu agama..
saudara ku. . satu perkara yang awak kena ingat adalah, azab Allah tu pedih.. pedih sangat. .azab kepada hamba yang mempunyai ilmu tetapi masih berbuat kemungkaran akan mendapat siksaan dua kali ganda daripada orang yang berbuat kemungkaran tapi tiada ilmu. allahurabbi. .  ya, ana faham perubahan tak kan mampu berlaku sekelip mata..tapi awak cubalah sekurang-kurangnya. . 
awak. . kalau awak rasa tak mampu @ x kuat, awak usaha berdamping dengan orang yang berILMU, bukan acah2 berilmu. .awak. . x smua yg awak nmpk pakai tudung labuh tu hebat agama. .tak semua yang pakai tudung kurang labuh tu tak berilmu, dan tak semua orang yang pakai kopiah @ songkok tu berilmu dan yang tak pakai songkok @ kopiah tu kurang berilmu. . saya percaya awak bukan orang yang tak pandai menilai..cuma awak yang memilih siapa yang boleh membantu awak.. cuma saya nak kata..bergurulah dan belajar menerima apa-apa yang namanya ILMU dan tak kisah lah daripada siapa pun..cuma someone yang betul-betul awak nak jadikan mentor dalam perubahan awak tu mestilah yang betul-betul berilmu. . kalau awak kata awak tak kenal pun mana2 ustazah..sila lah manfaat laman2 sosial, youtube sebagai pembantu awak mencari jalan lurus. . in syaa Allah, allah sentiasa ADA buat hamba yang mencintaiNYA. . . ingat, solat dan mengaji jangan pernah tinggal. . ana tahu semua orang tahu solat, tapi, tak semua orang boleh melaksanakan solat secara sempurna. . ana cakap ni pun untuk diri ana..jujur ana sendiri pun susah nak khusyuk dalam solat. . tak apa..sekurang-kurangnya kita cuba. .ingat, kita mesti cuba..sebab..kalau kita tak usaha untuk lawan nafsu kita, kita  tak usaha nak ubah diri kita, siapa nak ubah diri kita??? 
"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah diri dia sendiri.." 

macam mana diri awak, macam tulah awak akan dapat. . awak je yang tahu diri awak macam mana.

awak, ni ayat daripada Allah tau.. 





awak, awak percaya tak? itu janji Allah, awak. . tak de siapa kat dunia ni nak pasangan hidup dia tak baik. . so, awak fikir-fikir lah, kalau lah awak suka layan semua lelaki sekarang, tak mustahil awak kawin nanti, suami awak pun banyak perempuan yang dia layan. . sebab jodoh kita adalah cermin diri kita. .
sama gak macam lelaki, kalau awak pun kaki perempuan. . . semua nak try. . awak jangan tanya nanti awak susah nak jaga isteri awak. .

moga ini bermanfaat. . 
 
 



semoga kita diberikan hidayah Allah. .
semoga kita ditemukan dengan jodoh yang baik. .



#islam4all   

No comments:

Post a Comment