Thursday, 3 November 2016

IBU BAPA ADALAH SYURGA KITA



Syurga kita kat mana ek?? 

Semua orang kat dunia ni adalah seorang anak..  Even ibu bapa sekali pun, diorang pun adalah seorang anak. Well,  ana tahu yang korang semua ni memang dah tahu apa yang patut dilakukan oleh seorang anak.  I mean responsible lah. Tanggungjawab. Tapi kan.. ana nak tanya lah..kenapa ek masih ramai anak2 yang still tak pandai nak respect parents kita. Tak pandai nak jaga parents kita.  Tak pandai nak gembirakan hati parents kita.. 
Macam ni lah..  Ana cakap ni serious talk.. Untuk ana yang tak berapa nak hebat nak jadi anak yang hebat untuk ibu and abah ana.  Tapi..  Insyaallah.  Ana Cuba.. Ingat.. 
At least kita Cuba..  Cuba untuk jadi anak yang hebat untuk mak and ayah kita. 

Sebenarnyakan..  Kita ni selalu lupa yang hidup kita ni < SENANG > sebab dibantu,  disokong, dipandu, dibimbing oleh mak ayah kita..diorang yang selalu support kita.. Bagi kita duit.. Bagi kita semangat yang jitu.. Tak bagi kita give up.. Ajar kita biar tak kenal erti mengalah.. And so on..

 So..  Ana nak cakap,  kalau kita ingat.. Ingat semua jasa dan pengorbanan diorang..  Ana x rasa kita mampu buat semua benda2 yang tak baik dekat mak ayah kita. Sebab kita akan rasa yang dah terlalu banyak benda yang mak ayah kita dah bagi pada kita... Nak cakap pasal pay back.  Sumpah mati hidup balik pun,  Ana boleh gerenti yang tak de satu manusia pun kat dunia ni yang mampu balas semua jasa mak and ayah kita.  So..  Kenapa.. Kenapa still x reti nak happykan hati parents kita?? 
 So..  Ana bukan nak nasihat eh.  Ana nak ajak.. Kita sama2..  Ubah diri kita biar mampu jadi anak yang hebat di mata mak ayah kita.. Kalau kita rasa kita tak mampu nak happy kan diorang dalam study.. Kita happykan diorang time kita kerja nanti..  Tapi.. Korang kena ingatlah..  Kalau study pon main2.. Kelaut..  Cintan cintun..cmne nak dpt result best. Natijahnya..kerja pun x berapa nak best lah..  Ops.  Ana bukn nak hina spe yg kerja biasa2.. Percayalah..  Korang kerja lah pape pon.. Asalkan halal. Niat cari rezeki.. Mesti lillahitaala.. Kalau korang kerja kerana allah.. Nak cari duit halal untuk family.. Insyaallah.. Allah pasti bantu. For those siapa yang hidup dalam keadaan yang dia tak inginkan.. Just like..  " family aku tak ajar pun pasal agama,  family aku cerai berai kot..,  mak bapak aku tak pernah pun ajar aku solat, diorang pon tak pernah solat, mak bapak aku kaki membangangkan aku adalah, membodohkan aku adalah,  family aku tak pernah pon kisah pasal aku ke apa ke.. " and so on..  Ana nak cakap kat sini..  Weh saudara - saudaraku..  Gandakan sabarmu.. Percaya cakap ana..  Allah ni tak zalim.. Setiap hamba yang lahir di muka bumi ni. Life plan dia dah termaktub dah dekat luh mahfuz drpd hari dia lahir sampai hari diA mati.. So..  Everything is in allah plan.  Dan allah adalah sebaik-baik perancang. 

Ana nak cakap pada awak yang sedang mengalami masalah keluarga..  Awak rasa mak ayah awk ni bukn mak ayah yg baik sbb x bimbing awak..  Awak jgn salahkan diorang 100% sbb..  Awak Tanya diri awak.  Dalam pada diorang tak bimbing awak..  diorang Ada ke ajar awak benda yang buruk Dan teruk?  Ada ke mak ayah awak tu..  Cakap dengan awak..  Nak,  peegi sekolah..  Mencuri ya..  Rogol anak orang ya,  sepak cikgu ya..,  tak payah belajar elok..  Nanti duduk dapur jugak.. X payah belajar elok2. Jd tukang sapu sampah pun dah OK.  Kan kerja halal.. 
Xde kan..  So..  Korang xleh salahkan diorang sepenuhnya..  Awak yg kena bawa diri awk sendiri..  Jgn smpai salah pilih kawan..  Merepek repek..  
Ana nak cakap dengaN koraNg.. Siapa pun mak ayah korang..  Hormati diorang..  Hargai diorang.. Sayangi diorang..  Kalau awak boleh bg kasih sayang pd org lain.  Pehal awak x leh bg kasih sayang awk pd mak ayah awk.???  
Ana bukan apa,  ana cuma nak ingatkan kita semua..  Yang syurga kita kat mana ek??  Kat tapak kaki kawan kawan ke???  Korang pun dah tau kan..  Dekat telapak kaki mak kita kan.. So..  Tepuklah dada,  tanya iman..  
#jomjadianakyanghebatuntukmakandayahkita

#islamforall

Tuesday, 1 November 2016

CINTA ITU FITRAH, JANGAN JADIKAN IA FITNAH

Dzil Afnan - Bahana Cinta



please. . focus to the lirik..
moga bermanfaat untuk semua. .
BAHANA CINTA.
LIRIK : MUSTAQIM RANI
LAGU : USTZ RONY SUHAIRIN


Allah...Allah...Allah...Ya Allah...
Allah...Allah...Allah...Ya Allah...
Allah...........huu......

Kita sering merasakan cinta
Fitrah kepada adam dan hawa
Namun perhubungan perlu berlandaskan syariah
Kehidupan selamat dunia akhirat

Usah cuba anasir di media
Syurga bayangan nikmat sementara
Bila berdua syaitanlah yang ketiga
Bisikannya menghambat ke neraka

Tewas godaan menghalalkan zina
Hilang maruah diri dan ibu bapa
Benih tersemai bukan dipinta
Bayi tidak berdosa dibuang akhirnya

Terbiar ditinggal hilanglah nyawa
Kelak mendakwa kedua ibu bapanya

Ayuhlah teman kembali ke pangkal jalan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan

Marilah teman bersama jaga pandangan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan
#islam4all

KEJAYAAN HANYA DATANG DARI TUHAN

~ solat ~

i just want to through it softly. .
i really hope that it have a meaning in your heart after you read it
it just a little sharing from a muslim and a humble person..
  

 apa kunci kejayaan?
OFKOS JAWAPANNYA ADALAH
 < SOLAT >
 
ana nak ajak awak throwback kejap dekat azan..
cuba dengar sikit azan.. 
see? 
apa ya yang di seru tu? 
mari menuju kejayaan kan. . .
awak tau tak makna kejayaan tu apa?
kejayaan tu berjaya lah..
awak tau berjaya apa?
  • berjaya dalam hidup
  • berjaya dalam usaha yang awak usahakan
  • berjaya buat orang gembira dan selesa dengan awak
  • berjaya capai cita-cita dan impian awak
  • berjaya membahagiakan ibu dan abah awak
  • berjaya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
  • berjaya dalam peperiksaan awak
  • berjaya dalam kerjaya awak
  • berjaya dalam merasai ketenangan dalam hidup awak
  • berjaya membina keluarga yang bahagia 
  • berjaya dalam mengurus rumah tangga awak
  • berjaya mendidik anak-anak
  • berjaya menghadapi segala masalah yang menimpa diri awak.
  • murah rezeki
  • tak bergaduh dengan orang(ada hubungan yang baik )
hmmm. . .
dear friend. . . tak kisah lah brother ke . . sister ke . . yang penting islam. .
please. . . ana cakap ni serious talk, peringatan untuk ana yang lemah ni..and untuk korang saudara seislam ana. .
SEKALI ALLAH tu dah panggil, pegi lah jumpa DIA, tunaikan hak DIA. . tu lah time DIA nak dengar segala cerita yang awak nak share dengan DIA. . . time tu lah DIA akan pertimbangkan awak ni hamba bertaraf apa. . time tu lah awak nak kena minta apa sahaja yang awak nak.. awak nak bahagia? awak nak murah rezeki? awak nak kerjaya? awak nak berjaya? semuanya!!! minta lah! insyaa Allah . . rezeki itu akan jadi milik awak. tapi awak kena ingat, bukan sekali minta terus dapat, istiqomah tu yang penting, kalau setakat sekali je solat awal waktu, then berterusan qada' solat, solat akhir waktu, pastu doa minta panjang berjela. . . awak silap lah.. time tu, awak jangan tanya kenapa awak x dapat apa yang awak nak.. Allah tu maha pengasih dan penyayang. . dia pasti akan beri apa yg layak untuk hamba DIA. DIA tahu time mana yang tepat DIA nak bagi rezeki tu pada awak.. dan awak pun kenalah yakin pada ALLAH. . ada hikmah kenapa awak lalui sesuatu dalam hidup awak. tak kisah lah jalan hidup awak tu baik ke buruk. semuanya dalam rahsiaNYA. .
yang pasti USAHA !!! USAHA untuk sentiasa dekat dengan ALLAH. . USAHA untuk sentiasa perbaiki hubungan baik dengan ALLAH..
awak. . awak tahu tak kenapa ana suruh awak minta pada DIA??? sebab DIA tu tuhan awak! tuhan yang menciptakan awak! DIA tahu apa kelemahan dan kekurangan awak! DIA je yang faham awak. . dan yang pasti DIA je yang boleh beri semua yang awak nak!!!
 ana nak awak ingat satu je perkara,
simpan ni baik-baik. .
" kau letakkan ALLAH di DEPAN,
pasti kejayaanmu dalam GENGGAMAN !"  
 
 
 
#islam4all 

ADAB DALAM BERIKHTILAT > TAUBAT > CERMINAN JODOH

~ taubat seorang hamba ~

bismillahirrahmanirrahim. . 
act, tak tau nak intro camna. . tp, insyaa allah, ana cuba gak nak buat pengisian..dan ana harap ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa pun yang membacanya. . .
"semua anak adam bersalah, dan sebaik- baik mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat "
( hadith riwayat tarmizi ) 
cuba tenung balik hadith kat atas tu, mang dah tertulis yang kita ni ummat dan hamba yang tak pernah lari daripada buat dosa( kesalahan ). . tapi kita akan jadi sebaik - baik manusia apabila kita tebus dosa ( kesalahan ) kita dengan melazimi taubat. . taubat dengan sebenar - benar taubat. . selagi nyawa belum sampai di kerongkong, pintu taubat masih terbuka luas untukmu . . tatkala nyawa sudah sampai di kerongkong, penyesalanmu sudah tidak ada lagi ertinya. .
ana tak nak focus kepada perkara yang terlalu jauh. cukup lah ana ambil penjagaan ikhtilat sebagai contoh. 

ikhtilat tu memang kena jaga. . kalau nak diikutkan, perempuan dengan lelaki ni memang tak ada istilah kawan. tapi, mustahillah kan.. jadinya, agama islam yang kita anuti ini sudah pun bagi garis panduan yang cukup rasional untuk kita ketahui macam mana kita nak menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan.sebenarnya semua orang dah tahu pasal halal dan haram, tapi ana percaya kenapa masih ramai lagi diantara kita yang masih terperangkap dalam bisikan syaitan ini, sebab mereka keliru dengan apa yang mereka buat tu dosa atau tidak. . 
ok. . kalau macam tu, ana bagi garis panduan yang cukup mudah untuk awak faham.
ikhtilat ni diharuskan apabila ada keperluan. contohnya : 
  • urusan jual beli
  • melakukan kerja kehakiman
  • menjadi saksi
  • kerja-kerja amar makruf nahi munkar
  • melayan tetamu
  • memuliakan tetamu dan makan bersamanya(jika perlu)
  • menaiki kenderaan awam
  • melakukan kerja-kerja amal
  • untuk belajar dan mendengar nasihat
  • pada suasana yang tidak mnedatangkan fitnah 
  • dll

jadinya, nak berikhtilat, ada syarat dan adabnya. .:
  
  • tidak berdua-duaan
  • tidak bersentuhan
  • menjaga pandangan
  • memelihara aurat
  • bercakap perkara yang perlu sahaja
  • menjaga adab bercakap
  • tidak melembutkan (melunakkan) suara
  • mengawal gerak-geri
  • mengasingkan tempat(pada tempat-tempat yang tertentu) 

ok, faham tak, kalau awak rasa selama ini, awk berikhtilat tidak berlandaskan seperti di atas, maka sudah tiba masanya untuk awak kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan hidup awak dengan hidup bersyariat seperti yang telah digariskan untuk kita umat islam..
awak,dunia ni dah semakin tua, kehidupan dunia dah semakin berakhir. .tapi masih ramai lagi di antara kita yang hanyut dengan dunia yang penuh dengan tipu daya. . si pelaku dosa yang bukan sahaja  terdiri daripada orang biasa. .malahan lebih parah bila ia dilakukan oleh insan daripada kalangan orang yang menuntut ilmu agama..
saudara ku. . satu perkara yang awak kena ingat adalah, azab Allah tu pedih.. pedih sangat. .azab kepada hamba yang mempunyai ilmu tetapi masih berbuat kemungkaran akan mendapat siksaan dua kali ganda daripada orang yang berbuat kemungkaran tapi tiada ilmu. allahurabbi. .  ya, ana faham perubahan tak kan mampu berlaku sekelip mata..tapi awak cubalah sekurang-kurangnya. . 
awak. . kalau awak rasa tak mampu @ x kuat, awak usaha berdamping dengan orang yang berILMU, bukan acah2 berilmu. .awak. . x smua yg awak nmpk pakai tudung labuh tu hebat agama. .tak semua yang pakai tudung kurang labuh tu tak berilmu, dan tak semua orang yang pakai kopiah @ songkok tu berilmu dan yang tak pakai songkok @ kopiah tu kurang berilmu. . saya percaya awak bukan orang yang tak pandai menilai..cuma awak yang memilih siapa yang boleh membantu awak.. cuma saya nak kata..bergurulah dan belajar menerima apa-apa yang namanya ILMU dan tak kisah lah daripada siapa pun..cuma someone yang betul-betul awak nak jadikan mentor dalam perubahan awak tu mestilah yang betul-betul berilmu. . kalau awak kata awak tak kenal pun mana2 ustazah..sila lah manfaat laman2 sosial, youtube sebagai pembantu awak mencari jalan lurus. . in syaa Allah, allah sentiasa ADA buat hamba yang mencintaiNYA. . . ingat, solat dan mengaji jangan pernah tinggal. . ana tahu semua orang tahu solat, tapi, tak semua orang boleh melaksanakan solat secara sempurna. . ana cakap ni pun untuk diri ana..jujur ana sendiri pun susah nak khusyuk dalam solat. . tak apa..sekurang-kurangnya kita cuba. .ingat, kita mesti cuba..sebab..kalau kita tak usaha untuk lawan nafsu kita, kita  tak usaha nak ubah diri kita, siapa nak ubah diri kita??? 
"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah diri dia sendiri.." 

macam mana diri awak, macam tulah awak akan dapat. . awak je yang tahu diri awak macam mana.

awak, ni ayat daripada Allah tau.. 





awak, awak percaya tak? itu janji Allah, awak. . tak de siapa kat dunia ni nak pasangan hidup dia tak baik. . so, awak fikir-fikir lah, kalau lah awak suka layan semua lelaki sekarang, tak mustahil awak kawin nanti, suami awak pun banyak perempuan yang dia layan. . sebab jodoh kita adalah cermin diri kita. .
sama gak macam lelaki, kalau awak pun kaki perempuan. . . semua nak try. . awak jangan tanya nanti awak susah nak jaga isteri awak. .

moga ini bermanfaat. . 
 
 



semoga kita diberikan hidayah Allah. .
semoga kita ditemukan dengan jodoh yang baik. .



#islam4all